Setelah sekian lama dalam proses pertukaran hak milik, kini kapal layar mewah Equanimity yang terkenal dengan skandal 1MDB menjadi milik Genting Malaysia Bhd dengan rasminya. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah meluluskan tawaran untuk membeli Equanimity daripada Genting berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat Syerif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Harga jualan kapal layar mewah tersebut yang bernilai USD126,000,000 (±RM514,143,000) merupakan tawaran terbaik yang diterima dalam tempoh 5 bulan. Hanya beberapa pihak yang tampil dengan tawaran melebihi USD100 juta dalam tempoh tersebut dan Genting memberi tawaran tertinggi sekaligus melayakkan pihak tersebut berjaya memiliki kapal layar mewah ini.

Equanimity pada awalnya dibeli oleh Jho Low pada harga USD250 Juta (±RM1 bilion) dilengkapi kemudahan mewah seperti spa, sauna, kolam renang, helipad dan pelbagai lagi kemudahan lain.

https://twitter.com/FirdausAzil/status/1113265382725287937

Sebelum ini, Equanimity berada dibawah pengawasan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama 5 bulan tanpa sebarang caj pelabuhan dikenakan. TLDM juga menjaga keselamatan Equanimity ketika ‘sea trials’ dijalankan bersama pembeli berpotensi dalam tempoh tersebut.