Sebelum ini, Genting Skyworlds dijangka bakal dibuka kepada umum pada pertengahan tahun 2021. Akan tetapi, pembukaan taman tema luar tersebut ditangguhkan disebabkan penularan wabak COVID-19 yang kian meningkat di Malaysia.

Terbaharu, Ketua Taman Tema dan Pengalaman Resort World Genting, Gregory Pearn telah berkongsi beberapa gambar ‘sneak peak’ Genting Skyworld yang bakal dibuka tidak lama lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

IMG_8184

IMG_8185

IMG_8186

Sudah pasti ramai tidak sabar mahu melihat dan menaiki pelbagai permainan di Genting Skyworlds yang berkonsepkan filem iaitu Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio.

Difahamkan terdapat 26 tarikan utama di taman tema berkeluasan 26 ekar ini dan semestinya roller coaster yang lebih mengujakan menanti pengunjung. 26 ekar boleh dikatakan sebesar 19 padang bola.

IMG_8187

IMG_8188

IMG_8189

IMG_8190

Bukan itu sahaja, dikhabarkan terdapat restoran yang memiliki tema berbeza di sana. Harga untuk tiket taman tema ini akan dimaklumkan kelak sebelum tarikh pembukaan rasmi.

Ini pula beberapa tarikan lain yang anda boleh cuba jika pergi ke Genting Highlands. Baca lagi pada pautan di bawah.

Rasai 5 Pengalaman Berbeza Di SkyVR Genting Highlands Sesuai Buat Seisi Keluarga

Skytropolis Funland, Genting Mula Dibuka Kepada Pengunjung

Hotel Crockfords Genting Highland Peroleh Pengiktirafan 5 Bintang