Genting Spookadilly Halloween kembali lagi tahun ini bermula dari 21 sehingga 31 Oktober 2022 dengan pelbagai program menarik yang mesra keluarga dan sesuai untuk semua lapisan umur di Taman Tema Indoor Skytropolis.

Team The Vocket sempat terjah ke Genting Highlands untuk merasai sendiri pengalaman yang ditawarkan di Genting Spookadilly Halloween. Mesti anda tertanya-tanya apa yang menarik dengan The Midnight Manor pada tahun ini, bukan? Jom kita mulakan!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@mimieyuzi

What’s good in #GentingSpookadilyHalloween . #gentingskyworlds #gentinghighlands #travel #scary #vacation #travel #enjoy #life #fyp #foryourpage #fypシ゚viral #xyzbca

♬ Halloween ・ cute horror song – PeriTune

1. Kumpul makanan di setiap stesen permainan

Lebih dari 3 stesen permainan yang anda berpeluang untuk menang makanan lazat, antaranya permainan masukkan gelung dalam kon, teka barang dalam kotak, dan banyak lagi. Kiranya, semua lapisan umur akan berasa terhibur bermain permainan yang disediakan.

2. Saksikan persembahan ‘live’

Sudah penat bermain, anda juga boleh menyaksikan pertunjukan ‘live’ Spookadilly yang berlangsung di Teater Lost Souls pada pukul 4 petang atau 9 malam setiap hari. Memang anda akan terpukau melihat persembahan tarian tersebut dan semestinya berasa terhibur.

3. Bengkel dengan ‘penyihir mesra’

Pada setiap jam 5 petang atau 10 malam setiap hari, anda boleh mendengar cerita di bengkel bersama ‘penyihir mesra’ dan berinteraktif melakukan tugasan untuk menyelamatkan diri.

4. ‘Spot’ bergambar

Banyak tempat bergambar di sini terutama sekali di dalam ‘mirror maze’. Pastikan anda tidak tersesat apabila masuk ke ‘mirror maze ini.

Dengan hanya RM35, anda dapat masuk ke The Midnight Manor tanpa had dari jam 3 petang hingga 11.30 malam. Malah, anda akan mendapat ‘hadiah misteri’ ketika masuk, sementara stok masih ada.

Untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut, klik sahaja pautan ini.