Kapal mewah yang penuh dengan kontroversi serta dikaitkan dengan skandal 1MDB nampaknya sudah mempunyai nama baharu berdasarkan laman web penjejak kapal. Difahamkan nama Equanimity telah dijenamakan sebagai Tranquility oleh pemilik terbaru iaitu Genting Malaysia Bhd.

Untuk pengetahuan, kapal mewah ini telah beralih tangan daripada Jho Low kepada Genting Malaysia Bhd dengan nilai USD126 juta (~RM514.14 juta). Pemilikan kapal ini bakal digunakan syarikat Genting Malaysia Bhd dalam menawarkan pengalaman unik buat para penumpang yang inginkan kemewahan.

Boat International

Setakat ini projek ini masih lagi proses terakhir oleh pihak Genting Malaysia Bhd sebelum mula menawarkannya kepada mereka yang berminat. Agak menarik untuk menyaksikan berapa nilainya untuk menikmati pengalaman mewah Tranquility ini.

Sumber