Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) baru-baru ini mengumumkan bakal menjalankan projek warisan perintis yang melibatkan beberapa buah negara. Menariknya, Georgetown, Pulau Pinang dipilih sebagai satu-satunya negara di Asia untuk menyertai projek ini.

Projek warisan perintis ini akan merangkumi kajian mengenai penyediaan inventori warisan budaya tidak ketara. Hasil kajian akan diperoleh daripada penglibatan masyarakat setempat itu sendiri. Menurut Ketua Unit Kebudayaan Pejabat UNESCO di Jakarta, Moe Chiba berkata kajian ini penting untuk memberitahu masyarakat lain mengenai warisan budaya tidak ketara yang seterusnya menggalakkan masyarakat untuk terus komited untuk tetap mengamalkan budaya tersebut.

Malaysia-2017-520_new

Georgetown terpilih kerana keramahan dan kerjasama masyarakat setempat yang tidak boleh dinafikan lagi. Buktinya lagi, menurut Moe Chiba Georgetown terpilih kerana pihak UNESCO percaya akan ciri signifikan masyarakat disitu untuk membantu menjalankan kajian ini.

Selain Georgetown, dua lagi bandar terpilih untuk projek warisan perintis peringkat pertama ini dari benua Afrika dan Amerika.