Baru-baru ini netizen terutama warga kota dikejutkan dengan beberapa gambar gerai kari kepala ikan Anuar di Bangsar- yang sentiasa dipenuhi orang ramai sebelum ini telah dirobohkan.

Perkongsian gambar yang tular di media-media sosial itu sekaligus menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminat setia juadah nasi kandar itu yang sudah berada di sana sejak sekian lama.

Dengan ramai yang tertanya-tanya akan situasi sebenar ditambah dengan situasi perintah kawalan pergerakan ketika ini, pihak restoran akhirnya tampil dengan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Menurut mereka, gerai kari kepala ikan Anuar yang terletak di bawah pokok sebelum ini masih beroperasi seperti biasa tetapi dengan menggunakan ‘food truck’ yang diletakkan di kawasan sekitar kedai lama mereka.

Terletak berdekatan dengan struktur gerai mereka sebelum ini, pemilik memberitahu mereka bagaimanapun hanya akan menjalankan perniagaan secara bungkus dan penghantaran sahaja.

Keputusan untuk beralih menggunakan food truck itu difahamkan kerana struktur gerai mereka yang lama sebelum ini terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan lot kedai yang baru.

anuar

Jadi kepada peminat kari kepala ikan Anuar yang terletak di Bangsar ini, anda tidak perlu risau dengan gambar-gambar sebelum ini kerana mereka masih lagi dibuka seperti biasa cuma kali ini dengan hanya menggunakan food truck.

Malah warga kota yang tidak berkesempatan untuk ke sana juga boleh membuat pesanan melalui Whatsapp kerana mereka juga difahamkan menawarkan perkhidmatan penghantaran.

Berita penutupan perniagaan di saat dunia berhadapan dengan pandemik memang merungsingkan kita semua kerana beberapa khabar angin sebelum ini tidak berakhir dengan baik. Baca lebih lanjut mengenainya di pautan di bawah. 

Semua Cawangan Speedy Tawar Promosi Mega Sebelum Tutup Operasi Secara Rasmi

MPH Jelaskan Punca Penutupan Beberapa Cawangan Kedai Buku

Lebih 40 Tahun Beroperasi, Holiday Inn Resort Di Pulau Pinang Bakal Ditutup