Dari jauh jika orang tidak tahu pasti akan menyangka gerai tepi jalan ini menjual kopi hipster seperti yang terdapat di sekitar lembah klang.

laksa-sedut-kedah-1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi, gerai yang terletak di Simpang Tiga Jerai, Kupang 09200, Baling, Kedah ini sebenarnya menjual laksa sedut dan mee kari sedut. Dan hanya berharga RM2.50 secawan.

laksa-sedut-kedah-2

Ia dipanggil laksa sedut kerana laksa disediakan dalam cawan plastik dan disedut menggunakan straw.

Selain laksa dan mee kari, gerai yang terletak tepi jalan ini juga menjual pelbagai jenis air.

Turut dijual ialah laksa saiz besar untuk mereka yang selera besar.

laksa-sedut-kedah-3

Cara makan laksa seperti ini bukanlah baru bagi orang Kedah terutamanya kerana sejak zaman sekolah lagi mereka sudah biasa makan laksa yang diletakkan dalam plastik dan ditebuk untuk disedut dengan straw.