Membanggakan dan mengagumkan! Mungkin itu perkataan yang tepat buat pemuda dari Malaysia ini yang memulangkan kembali sebuah iPad kepada pemiliknya di Singapura baru-baru ini selepas menemuinya ketika bekerja di Kota Singa itu.

Kisah pemuda berkenaan Muhammad Khidir Samsudin, 25 tahun dari Malaysia yang kini bekerja (dan menetap) di Singapura mula mencuri tumpuan di media sosial selepas pemilik iPad berkenaan berkongsikan kembali bagaimana beliau menjumpai iPad miliknya yang hilang tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
f1cc8d36-7b14-4d5b-8c98-5134b38b88f9
Muhammad Khidir (tengah) dan rakannya bersama Michelle (kanan) ketika memulangkan kembali iPad tersebut.

“Sekalung penghargaan daripada saya buat Muhammad Khidir dan Yuamirul. Saya kehilangan iPad Pro saya sebelum ini dan tanpa dijangka-jangka mereka membawakan khabar gembira ini kepada saya.

“Terima kasih sekali lagi!” tulis pemilik iPad berkenaan, Michelle di media sosial.

Bercerita kepada The Vocket, Khidir menjelaskan beliau ketika itu sedang bertugas bersama dua lagi rakannya Yuamirul dan pemandu Wan Hanafiah untuk mengutip sampah kitar semula sebelum terjumpa beg plastik yang mengandungi iPad milik Michelle dan juga sebuah laptop.

WhatsApp Image 2020-12-04 at 7.27.44 AM
Muhammad Khidir (kanan) bersama pemandu lori Wan Hanafiah (tengah) dan rakannya yang turut bertugas pada hari itu.

Tergerak hati untuk melihat keadaan kedua-duanya, beliau menjelaskan iPad dan komputer riba yang ditemui itu masih berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kerosakan seperti pecah.

“Kemudian saya ambil untuk periksa iPad itu berfungsi atau tidak. Selepas mendapati ianya masih berfungsi, saya lihat ada Apple ID (pengenalan diri) kepada pemilik iPad berkenaan. Tertera e-mel pemilik.

“Saya pun terfikir kalau betul dia nak buang iPad tersebut kenapa dia tak sign out Apple ID tu. Jadi saya e-mel pemilik (Michelle) untuk mendapat kepastian. Sekiranya betul ia dibuang saya ingin meminta izin untuk gunakan buat diri sendiri,” kongsinya.

Cubaannya menghubungi Michelle itu kemdudiannya menjadi sesuatu yang menakjubkan atau dalam situasi ini mengejutkan apabila Michelle kemudiannya menghubunginya kembali dan memaklumkan beliau telah kehilangan iPad berkenaan sejak setahun yang lalu.

Selepas mendengar kisah berkenaan, Muhammad Khidir kemudiannya menghubungi kembali Michelle untuk mengaturkan pertemuan bagi memulangkan kembali iPad yang telah hilang selama setahun itu.

5e0f42fc-93b7-4fd8-93d7-59dc641d04cb
Perbualan antara beliau dan Michelle yang dikongsikan.

“Masa call itu suara dia teruja dan nak menangis. Kemudian masa jumpa dia gembira sangat.

“Kami ada berbual-bual dan dia juga ada bagi reward buat belanja makan,” jelasnya.

Bagaimana Khidir boleh berada di Singapura?

Buat anda yang masih tertanya-tanya bagaimana Khidir boleh berada di tempat dan waktu yang betul (atau dalam kes ini di Singapura) sedangkan dia merupakan rakyat Malaysia, ini penjelasannya.

Seperti yang dijelaskan awal-awal tadi, beliau yang juga merupakan graduan dalam bidang Sains Pembangunan di Universiti Kebangsaan Malaysia telah bekerja sebagai pekerja pembersihan di sana sejak September yang lalu.

Mula merancang untuk bekerja bersama pekerja lori pengurusan sampah sejak daripada zaman belajarnya, beliau akhirnya mendapat peluang berkenaan selepas menemui jawatan kosong untuk kerja itu selepas menamatkan pengajiannya.

“Saya nak rasa pengalaman buat pekerjaan ini sebab selalu tengok pekerja lori sampah di malaysia dan terlintas apa perasaan mereka kerja sebagai pengutip sampah.

“[…] Tambahan pula saya memang merancang untuk memohon kerja di syarikat pengurusan sisa di Malaysia sebagai eksekutif. Tetapi memerlukan pengalaman.

“Jadi memandangkan saya fresh graduate, saya ambil peluang ini untuk mencari pengalaman serta belajar sedikit sebanyak tentang sistem dan cara bekerja di industri ini bermula daripada bawah,” jelasnya.

Kini selepas tiga bulan bekerja sebagai pekerja pembersihan dan menguruskan sisa-sisa pembuangan, Khidir bukan sahaja dapat mempelajari apa yang dihajatinya namun beliau turut berjaya memberi kesan positif melalui apa yang dilakukannya.

Mungkin, jika tanpa usaha yang dilakukannya untuk membuka kembali plastik dan iPad yang ditemuinya, Michelle masih lagi tidak berjaya menemui iPad miliknya yang hilang sejak tahun lalu.

Baca juga perkongsian semasa yang berlaku di media sosial yang kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Laman ‘Myvi Buat Hal Apa Hari Ini?’ Jadi Medan Kongsi Gelagat Myvi Di Jalanan

Netizen Samakan Kedah Dengan Wakanda Selepas Menteri Besar Umum Temui Mineral Bernilai RM62 Bilion

Lebih ‘Makan Garam’, Nasihat Pak Utih Di TikTok Ini Raih Perhatian Bakal Suami

Sumber