Baik pulih barangan lama yang sudah tidak lagi dikeluarkan oleh pihak pengeluar memang kosnya sangat tidak sangat munasabah sehinggakan tidak berbaloi untuk dibaiki lagi.

Tular di TikTok video pendek yang dirakam semula daripada orang lain menunjukkan seorang lelaki membakar kereta Proton Wira di hadapan laman rumah setelah dia mendakwa telah berhabis ratusan ringgit untuk membaiki enjin kereta tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@hambaallah5145

Bakar Keta sebab dah banyak habis repair.#fyp #foryoupage #fypシ #malaysia #indonesia

♬ bunyi asal – AbeJebat – Original Boy

“Itu cara dia. Haa barulah hidup, bakar enjin semalam tak hidup. Beratus-ratus aku habis, tak berduit. Buat hal lagi kau,” jerkah lelaki itu ketika berdiri di hadapan kereta sebelum membakarnya.

Rata-rata orang ramai yang menonton video tersebut menyelar tindakan lelaki terbabit yang tidak bertanggungjawab membakar keretanya di hadapan kawasan rumah yang boleh menyebabkan masalah lain pula akan timbul.

Sumber Gambar: TikTok @abejebat5145
Sumber Gambar: TikTok @abejebat5145
Sumber Gambar: TikTok @abejebat5145
Sumber Gambar: TikTok @abejebat5145
@hambaallah5145

Bukan aku yg bakar 😑#fyp #foryoupage #fypシ #malaysia #indonesia #covid19

♬ bunyi asal – AbeJebat – Original Boy

Dalam satu rakaman video lain pula, ada jiran tetangga yang tinggal bertentangan dengan rumah lelaki tersebut merakam keadaan keadaan kereta tersebut sedang dimakan api marak.

Kelihatan juga ada beberapa orang awam lain menghampiri rumah terbabit untuk melihat keadaan kereta tersebut. Ada juga netizen tidak menolak ada kemungkinan lelaki tersebut mengalami tekanan serta kemurungan sehingga dia sanggup berbuat sedemikian.

Tidak hiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain, netizen menegur kedua-dua penunggang basikal ini supaya menggunakan ‘trek basikal’ yang telah disediakan di Putrajaya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Selamba Kayuh Di Lorong Tengah, Aksi Bahaya Dua Penunggang Basikal Ini Ditegur Netizen

Didakwa Mahu Lalu Secara Percuma, Pemandu Honda Ini Nekad Rempuh Palang Tol

Orang Ramai Pelik Bagaimana Myvi Ini Boleh Tersangkut Pada Tebing Jalan

Sumber