Lalu lintas yang sesak telah menjadi satu kebiasaan buat penduduk Indonesia. Terutamanya yang bekerja di sekitar bandar besar seperti Jakarta. Kesabaran yang tinggi perlu ada pada seseorang.

Tetapi, apa yang anda lakukan jika kesesakan lalu lintas membuatkan masa anda terbuang – anda bina helikopter. Ya, jadilah seperti Jujun Junaedi. Lelaki dari Indonesia yang geram dan kecewa dengan lalu lintas di sekitar ibu kota Jakarta.

21141830-lia_cover_1920x1200
HYPE
5 Sebab Kenapa Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Kini Jadi Tumpuan Kaki ‘Shopping’!
Baca lagi →
man-builds-diy-helicopter-after-feeling-frustrated-of-beingstuck-in-traffic-jams-world-of-buzz

CNA

Dengan menggunakan video tutorial di laman Youtube, beliau menggunakan masa terluang dengan menyiapkan projek helikopternya sambil bermimpi untuk terbang sambil melihat pemandangan kesesakan lalu lintas daripada atas.

 

 

Beliau yang tinggal di Sukabumi, berusia 42 tahun jelas bukanlah seorang peminat kesesakan lalu lintas, bagi beliau tersekat di atas jalan dalam masa yang lama akan membuang lebih banyak minyak.

Berbekalkan RM8,758.00, beliau membeli segala barangan untuk membina helikopter di kedai baiki kereta dan mula membina helikopternya 18 bulan yang lalu.

542795

Sinar Harian

Untuk rekod, Junaedi bukanlah lelaki pertama yang membina helikopter buatan sendiri. Pada tahun 2006, seorang petani di China cuba untuk membina helikopter buatannya sendiri tetapi gagal untuk terbang.

Manakala seorang lelaki dari Afrika Selatan juga mendapat tajuk berita utama apabila beliau membina helikopter replika yang menyerupai kepunyaan pihak polis.

Berikut adalah idea ciptaan sendiri yang perlu anda tahu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Belum Mampu Membeli, Remaja 14 Tahun Ini Hasilkan ‘Powerbank’ Buatan Sendiri Untuk Abangnya

China Berjaya Hasilkan Matahari Buatan Sendiri Dengan Suhu Mencecah 100 Juta Celsius

Anda Mungkin Suka