Sejak beberapa hari lalu, isu Ali Puteh mendakwa menemui garam di perkarangan rumah Arwah Abam telah menarik perhatian ramai pihak.

Semalam, seorang wanita menerusi akaun TikTok miliknya, ladyganz telah memuat naik video memberi pandangan peribadinya berkenaan isu itu. Menurutnya, sebagai seorang dari suku kaum Dayak, taburan garam bukan bermaksud seseorang itu mahu ‘menghantar’ sesuatu kepada sesiapa yang tinggal di rumah tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Akak sebagai orang Dayak yang dari tanah Borneo yang paling banyak ilmu-lmu santet ni, akak tak boleh tengok video itu sebab bila tengok berkali-kali rasa nak tergelak. Tergelak sebab apa? Sebab biar kita mati dibuat orang, jangan kita mati fitnah orang.

@ladyganz

#stitch with @Ohbulan Sudah sudah la tu #Aliputeh oiiii.. Bertaubat lah..

♬ original sound – LADYGANZ – LADYGANZ

“Biasa orang buat ni (santau) guna tanah kubur, pakai minyak sakang, pakai gambar atau pakai ikatan kuning tanam di rumah. Kalau pakai garam kasar, pakai limau, pakai daun bidara, itu untuk pagar rumah. Untuk halau syaitan,” terangnya.

Beliau berkata lagi penggunaan garam itu sebenarnya untuk menghalau syaitan atau ‘benda’ yang ada di rumah selain syaitan yang ada dari alam ghaib.

Tambahnya lagi, tidak guna buat sesuatu fitnah sehingga terbuka aib sendiri dan turut berpesan kepada Ali untuk membayar RM60,000 yang diperintahkan mahkamah dan jangan lari daripada hutang kerana hutang itu dibawa mati.

@ladyganz

Replying to @b__p01 ilmu itu penting. Korang pun.. Jgn la whatsapp akak tanya psl santau2.. penat akak nak menjawab.. 😆 #aliputeh

♬ original sound – LADYGANZ – LADYGANZ

Selepas daripada video penjelasan ilmu itu tular, ramai pula yang salah faham dan menyangka wanita ini turut menawarkan ‘servis’ santau orang. Dia menafikan dirinya menawarkan servis seperti itu dan berkata walaupun beliau orang Dayak, beliau tidak belajar ilmu-ilmu seperti itu.

“Ramai pula yang WhatsApp akak minta akak santau orang. Akak tak buat semua benda itu. Nombor akak itu untuk orang beli baju raya sahaja. Bukan untuk tanya ilmu santau. Akak tak buat semua tu walaupun akan orang Dayak,” katanya.