Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pada Oktober tahun lalu, filem Geran yang menonjolkan budaya Melayu dan aksi persilatan tidak mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat filem industri tempatan.

Walau bagaimanapun, filem Geran terbitan Layar Pictures dan Tree of Hopes Productions telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19.

Pengarah dan penerbit filem Geran, Mohd Shahreel Abu Bakar berasa terkejut dan gembira selepas mengetahui filem arahan pertamanya dinobatkan sebagai penerima anugerah berprestij itu.

View this post on Instagram

Memandangkan semua sedia maklum yang wabak pandemik Covid-19 telah melanda seluruh dunia, dan penganjur-penganjur acara juga amat terkesan sekali sehinggakan ada yang membatalkan dan menunda acara masing-masing. Begitu juga dengan pihak New York Asian Film Festival 2020, yang telah pun menunda acara yang dijadualkan pada bulan Julai 2020 kepada bulan Ogos 2020 dan kali ini lebih istimewa. Temasya festival ini bakal ditayangkan secara ‘online’. Demi menjaga jarak fizikal dan keselamatan semua pihak, ‘online’ adalah cara terbaik bagi melansungkan acara antarabangsa yang dinantikan ramai ini. Walaupun team filem Geran tidak dapat terbang ke New York sana, tetapi tetap dapat bersama-sama menonton tayangan perdana filem Geran secara online dan.. P/s: Nantikan berita seterusnya dari Tuan Pengarah. 😁

A post shared by Filem Geran (@filemgeranofficial) on

Tambahnya, anugerah itu adalah penghargaan besar kepada kru produksi dan peminat filem Geran yang mengangkat seni silat Gayong Pusaka dan budaya masyarakat Malaysia ke layar perak di mata dunia.

Malah, menampilkan pelakon hebat seperti Namron, Khoharullah Majid, Feina Tajuddin, Fad Anuar, Azlan Komeng dan Megat Shahrizal. Kejayaan filem itu meletakkan pengarah filem Geran, Areel Abu Bakar setaraf dengan nama-nama seperti Dante Lam (Operation Red Sea), dan Jung Byung-gil (The Villaines) yang memenangi anugerah kecemerlangan filem aksi itu sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda, NYAFF adalah festival filem berprestij di Amerika Syarikat yang mengangkat pembangunan seni dan budaya melalui jaringan sinema dunia.

Pastinya ini satu pencapaian yang membanggakan untuk rakyat Malaysia apabila filem kita mampu mendapat anugerah di luar negara. Anda rasa mengapa filem ini hanya ‘suam-suam kuku’ di Malaysia?

Tahukah anda bahawa iflix tidak bayar karya ‘indie’ tempatan? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Ditayangkan Secara Eksklusif, iflix Didakwa Tidak Bayar Karya Filem ‘Indie’ Tempatan?

BoboiBoy The Movie 2 Cipta Sejarah Tercalon Finalis Anugerah Filem Animasi New York

Selepas Crazy Rich Asians, Wanita Malaysia Ini Jadi Penulis Skrip Filem Animasi Terbaru Disney