Pertama kali melihat trailer filem ini, nampak sahaja Gerard Butler saya sudah berminat untuk menonton filem ini. Ditambah lagi dengan pengarahnya Dean Devlin yang pernah menulis karya hebat seperti Independence Day menambah lagi minat saya untuk filem ini. Jadi, sedap atau pun tidak cerita Geostorm ini?

Sedikit tentang sinopsis cerita ini. Jack Lawson (Gerard Butler) adalah pereka Dutch Boy, satelit yang bertanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan cuaca di seluruh dunia. Oleh kerana Jack Lawson ini seorang yang rebellious, beliau dipecat dan operasi Dutch Boy kini berada dibawah seliaan adik beliau, Max Lawson.

Mulanya semuanya baik sahaja namun Dutch Boy mula menunjukkan tanda-tanda ianya mula bertindak secara sendiri. Sebuah perkampungan di Afghanistan tiba-tiba dilanda ribut salji, Hong Kong tiba-tiba panas secara mendadak dan macam-macam lagi. Jack Lawson dipanggil kembali untuk membetulkan kembali keadaan. Dapatkan Jack Lawson dan adiknya mencari jawapan kepada permasalahan ini?

Ok mari kita terus ke kupasan filem ini. Filem ini seperti filem Hollywood yang memaparkan aksi yang hebat terutamanya ketika Geostorm hampir berlaku. Geostorm ini sebenarnya fenomena bencana alam yang beraku di seluruh dunia pada yang sama mengikut simulation yang dibuat oleh Dutch Boy.

Jalan cerita filem ini juga sudah boleh dijangka. Untuk menghalang Geostorm ini daripada terus berlaku, mereka memerlukan kill codes. Cuba teka kod itu ada pada siapa? Ya, presiden Amerika Syarikat. Dan mereka terpaksa menculik presiden untuk mendapatkan kod berkenaan. Satu perkara cliche yang biasa muncul dalam filem-filem Hollywood.

Dean Devlin adalah penulis dan pengarah untuk filem ini. Beliau juga adalah penulis untuk filem hebat satu ketika dahulu, Independence Day dan Geostorm merupakan filem pertama Devlin selaku pengarah. Ada atau tidak persamaan filem ini dengan karya hebatnya sebelum ini? Beliau mengembalikan nilai sentimental,mood serta letupan hebat yang pernah berlaku dalam Independence Day ke dalam filem ini. Kalau Independence Day beliau letupkan kapal angkasa yang besar, dalam filem ini beliau letupkan pula Dutch Boy.

Anda perasan kenapa filem-filem besar Hollywood pasti akan selitkan babak di negara China atau pun Hong Kong? Atau mereka masukkan juga pelakon berbangsa Cina? Quota untuk filem antarabangsa memasuki pasaran negara China hanya sekitar 34-38 filem sahaja. Jika ada babak yang selitkan negara mereka, ianya akan meningkatkan peluang sesebuah filem itu memasuki pasaran negara China.

geo daniel
Daniel Wu, pelakon terkenal Hong Kong sebagai Cheng

Terus terang pelakon paling menyerlah dalam filem ini hanyalah Gerard Butler. Watak Andy Garcia sebagai presiden Amerika Syarikat juga amat minima. Saya berminat untuk menonton Geostorm ini sebab adanya Gerard Butler dan nasib baik lakonan beliau tetap awesome seperti biasa. Ed Harris pula laku tahun ini. Dalam filem mother! pun beliau ada.

Secara keseluruhannya, Geostorm masih sebuah filem yang menarik untuk ditonton. Cuma bagi saya, tidak cukup umpph. Namun mesejnya jelas: ada sesetengah perkara manusia tidak boleh kawal kerana mesti akan ada individu yang cuba mengawalnya untuk kepentingan sendiri. Kami beri rating 7.5/10 untuk filem ini. Kalau anda minat filem ‘2012’, anda pasti menyukai filem ini.

P/S: Untuk pengalaman lebih hebat menonton filem aksi seperti ini, tonton menerusi pawagam IMAX. Buat tempahan tiket anda untuk filem Geostorm di sini.