Satu kebakaran besar melanda katedral Notre-Dame semalam yang menghancurkan atap gereja yang menjadi salah satu simbol bersejarah di Paris. Bahagian bumbung gereja yang sudah berdiri sejak tahun 1163 ini hampir musnah kerana api merebak dengan sangat pantas.

Kebakaran ini telah menyebabkan sebahagian besar bumbung gereja yang diperbuat daripada kayu serta menara utamanya mengalami kerosakan teruk. Ianya satu berita yang mengejutkan dan pihak bomba juga sedaya upaya untuk menyelamatkan karya seni yang ditempatkan di dalam bangunan berusia 850 tahun itu.

Presiden Prancis, Emmanuel Macron mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Perancis ketika ini sedang berduka dengan insiden ini. “Seperti seluruh anak bangsa, malam ini saya juga berduka menyaksikan sebahagian daripada kami terbakar,” tulisnya di Twitter.

Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan namun pihak berkuasa berkata ia mungkin mempunyai kaitan dengan projek pengubahsuaian yang sedang dijalankan.

Gereja dengan rekaan ‘French Gothic’ ini merupakan gereja kurun ke-12 yang masih utuh berdiri dan menerima jutaan pelancong dari seluruh dunia. Gereja ini juga turut menempa nama dalam novel terkenal ‘The Hunchback Of Notre-Dame’ tulisan Victor Hugo pada 1831.