Semalam pada jam 1.27 pagi telah bermulanya gerhana bulan penuh yang terlama pada abad ke-21. Gerhana bulan penuh ini lebih dikenali sebagai ‘Blood Moon Eclipse’ oleh kerana warna bulan tersebut yang kelihatan seperti warna darah.

Jika anda berjaya untuk melihat secara langsung semalam, semestinya anda merupakan antara orang yang bertuah untuk menyaksikan berlangsungnya fenomena ini.

https://www.youtube.com/watch?v=9VkoyQphLjE

Menurut ajaran Islam ketika berlakunya gerhana bulan, setiap orang dikehendaki untuk menjalankan solat sunat gerhana.

Pihak Mufti Wilayah Persekutuan juga telah mengeluarkan artikel mengenai fenomena ini untuk rujukan dan kefahaman orang ramai.