Seorang YouTuber yang bernama Mr Indian Hacker di India sengaja membakar motosikalnya dan memandu kenderaan terbabit untuk meniru filem Ghost Rider.

Sejak dimuat naik, video tersebut telah menerima lebih daripada 500,000 tanda suka. Namun, jumlah mereka yang tidak suka dengan tindakannya disebabkan berbahaya juga meningkat dengan lebih 16,000 orang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tindakan YouTuber ini adalah untuk meniru filem Ghost Rider, watak fiksyen yang dibintangi oleh Nicholas Cage pada tahun 2007. Ia adalah watak protagonis dalam bentuk rangka manusia dan menunggang motosikal klasik dengan api yang menyala di badan dan kenderaannya.

Semasa melakukan aksi tersebut, Mr Indian Hacker menunggang motosikal Pulsar 220 yang bahagian bawahnya dilumurkan dengan petrol dan kemudian dibakar. Ketika dia memandu kenderaan terbabit, kelihatan jejak api mengikutinya seperti yang dapat dilihat di dalam filem Ghost Rider.

Video dari akaun YouTube dengan 9.07 juta pengikut telah menerima lebih daripada 4 juta tontonan dan netizen telah bertindak balas dengan reaksi yang beragam. Ada yang suka dan ada yang mengkritik.

Mr Indian Hacker juga telah memberi amaran pada permulaan videonya bahawa “video ini hanya untuk tujuan hiburan. Semua tindakan dalam video ini dilakukan di tempat yang selamat dengan peralatan keselamatan yang lengkap dan dilakukan oleh para profesional.”

Mr Indian Hacker juga meminta orang untuk tidak meniru Ghost Rider versinya sendiri di rumah, sekolah, atau di tempat lain. “Tidak ada yang cedera ketika membuat video ini,” kata Mr Indian Hacker.

Terdahulu, seorang lelaki di India telah membuat penutup muka daripada emas. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mahu Elak COVID-19, Lelaki Di India Ini Memakai Penutup Muka Diperbuat Daripada Emas

Kerajaan India Arah Hospital Asingkan Pesakit COVID-19 Muslim Dan Hindu

Rakyat India Berbaris Panjang Beli Arak, Mahu ‘Raikan’ Kelonggaran Perintah Lockdown