Salah satu pembuat gitar terpopular dunia, Gibson dilaporkan muflis selepas 116 tahun dalam perniagaan. Menurut laporan dari Nasvillle Post, syarikat yang berasal dari Amerika ini telah mengalami masalah hutang yang tidak dapat dilangsaikan sebanyak $ 375 juta (~RM 1.46 billion).

Lebih parah syarikat ini bakal disahkan muflis sekiranya gagal untuk melangsaikan hutang secara berperingkat ini sebelum 23 Julai.

Bekas CFO Gibson, Bill Lawrence yang baru sahaja meninggalkan jawatan tersebut mengatakan Gibson kini dalam usaha untuk mencari jalan altenatif untuk memanjangkan tempoh hutang serta bertekad untuk menjual beberapa aset milik syarikat ini.

avril-lavigne-gibson-flying-v-guitar

Menyoal dari segi laporan jualan tahunan, Gibson dikatakan menurun semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Beberapa penganalisis telah menyalahkan kebanjiran hip hop dan muzik elektronik yang sekaligus telah mengurangkan permintaan terhadap gitar.

Gibson sebelum ini dilaporkan telah menjual sebuah bekas gudang piano dengan harga $6.4 juta (~RM23.78 juta). Syarikat ini masih lagi mempertimbangkan untuk menjual beberapa aset yang lain dalam usaha untuk melangsaikan hutang sedia ada.

Sumber