Terdapat beberapa tempat di dunia yang sangat cantik, sehinggakan pertama kali anda melihat fotonya, anda mungkin menyangka ia adalah daripada set filem. Sebuah kampung kecil di utara Holland, bernama Giethoorn penuh dengan kehijauan seperti set filem Hobbit, dengan terusan-terusan kecil seperti Venice, dan ianya adalah satu kejiranan yang benar-benar wujud dalam dunia nyata.

Giethoorn-01
brian ytsu/Flickr Creative Commons

Dengan populasi hanya sebanyak 2,600 orang dan kurangnya aktiviti pelancongan, Giethoorn masih terus mampu mengekalkan keindahan dan ketenangan yang telah lama dibina. Laman web kampung kecil ini menulis, “bunyi paling bising yang anda boleh dengar di sini adalah bunyi itik menguek atau bunyi-bunyi burung yang lain.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Giethoorn-02
piotr iƂowiecki/Flickr Creative Commons

Posmen di sini menghantar surat menggunakan punt (iaitu sejenis perahu dengan permukaan hul mendatar dan berbentuk segiempat tepat). Walaupun begitu, kampung Giethoorn masih mudah diakses menggunakan kereta dari Amsterdam. Kampung ini juga menawarkan B & B yang menawan, jadi pastikan anda berhenti di sini apabila melawat negara-negara Eropah.

Giethoorn-03
YELLOW Mao/Flickr Creative Commons

Atau, anda boleh menatap foto-foto ini dengan penuh kekaguman, tutup mata, kemudian membayangkan diri anda hanyut dibawa arus terusan sambil menikmati panorama kotej-kotej beratap jerami serta jambatan kayu, disapa sinar lembut matahari awal pagi.

BACA: Keindahan Kyrgystan Dari Rakaman Dron Phantom 3

BACA: Keindahan Safari Di Tanzania Dari Rakaman Drone

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram