Selepas 2 tahun berdepan dengan wabak pandemik COVID-19, tahun ini sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 disambut meriah oleh rakyat Malaysia. 31 Ogos, tarikh yang penuh bermakna buat rakyat Malaysia dan semestinya ramai yang teruja untuk menyambutnya di Dataran Merdeka hari ini.

Menjengah ke media sosial, orang ramai didapati telah mula membanjiri Dataran Merdeka seawal pukul 4.30 pagi bagi menyertai sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan disini pada hari ini. Malah, orang ramai tanpa mengira jantina, umur, mahupun bangsa kelihatan bersemangat untuk sambutan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@ainahusna_official

Ingat kan aku paling awal , tapi ada lagi awal 😆#fyp #merdeka #dataranmerdeka

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

https://www.tiktok.com/@harmeelyshaa/video/7137739269669506331?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135628016390391297

@princebboy97

4.30am 31/8/2022..semua menunggu masuk..hahahha😂 #dataranmerdeka #fyp #kl

♬ original sound – Prince Boy – Prince Boy

Bukan itu sahaja, orang ramai yang hadir turut dilihat mengibarkan bendera Malaysia dan ada yang mengenakan pakaian bertemakan kemerdekaan, sekaligus menjadikan sambutan kali ini lebih bewarna-warni serta meriah.

Baca lagi: Promosi menarik sempena Hari Kemerdekaan ke-65

Hasil tinjauan kini mendapati, pengangkutan awam didapati sesak dengan orang ramai yang mahu ke Dataran Merdeka untuk melihat sambutan Hari Kemerdekaan. Orang ramai didapati memilih menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam disebabkan banyak jalan ditutup dan juga mahu mengelakkan kesesakan.

Sementara itu, berikut adalah promosi menarik yang anda boleh garap pada hari ini. Klik sahaja pautan di bawah.

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-65, Ini 5 Promosi Menarik Untuk Anda Dapatkan Esok