Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Lagu Gila nyanyian Noki, Loca B dan Kaka Azraff muncul juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Auditorium MBSA sebentar tadi.

Lagu nyanyian Noki, Loca B dan Kaka Azraff melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi. Naib juara pula milik Aina Abdul (Semalam) dan tempat ketiga disandang Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah (Belenggu Rindu), masing-masing membawa pulang hadiah RM35,000 dan RM20,000 berserta trofi.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

AJL kali ini mempunyai keunikannya yang tersendiri apabila berlangsung tanpa penonton biarpun acara hiburan sudah boleh dihadiri khalayak.

Tirai persembahan AJL35 dibuka dengan persembahan Ratu Rock, Ella bersama Naim Daniel dan Yonnyboii dan lagu istimewa nyanyian Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju yang berjudul Baik Semula dipersembahkan buat kali pertama.

Persembahan interlude AJL35 bertemakan Projek Band menampilkan Hujan, Hazama & The Penglipur Lara dan Akim & The Majistret. Semua kumpulan akan mempersembahkan aksi medley dan ‘mash up’ lagu terbaik, sambil bergandingan dengan Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Adakah tekaan anda tepat untuk keputusan AJL 35 malam ini?

Juara: Gila – Noki, Loca B & Kaka Azraff

Naib Juara: Semalam – Aina Abdul

Tempat Ketiga: Belenggu Rindu – Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah

Vokal Terbaik: Gundah – Ernie Zakri

Persembahan Terbaik: Eh – Zizi Kirana

Berikut merupakan antara artikel yang tular minggu ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

Chef Wan Buli Uncle Roger Dan Ajar Cara Masak Dengan Betul Tanpa Guna MSG

Avatar Tewaskan Avengers: Endgame, Kembali Muncul Filem Paling Laris Di Dunia

Mat Saleh Ini Mahu Orang Makan Nasi Guna Pisau Dan Garfu, Larang Guna Tangan

Anda Mungkin Suka