Nampaknya pihak DC Comics tidak berdiam diri setelah dikecam berulang kali dalam filem Deadpool 2. DC Comics berkongsi teaser 30 saat ini.

Dalam video ini, watak penjahat Deathstroke menerangkan kenapa Deadpool sebenarnya hanyalah watak tiruan daripada watak Deathstroke itu sendiri.

Namun Deathstroke versi filem tidak akan muncul dalam masa terdekat tetapi akan muncul dalam siri filem animasi Teen Titans Go! yang akan berada di pawagam bulan Julai ini. Tidak seperti Deadpool 2, Teen Titans Go! boleh ditonton bersama anak kecil. Untuk pusingan ini, DC Comics menang.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group