China sekali lagi bertindak ‘nakal’ apabila mencetuskan kegusaran di kalangan nelayan yang mencari rezeki di perairan Sarawak. Melalui laporan yang dikeluarkan Harian Metro semalam, difahamkan bahawa kapal pihak berkuasa China itu dikesan berada di kawasan Beting Patinggi Ali yang terletak 84 batu nautika dari Miri pada Jumaat lalu.

Insiden ini berlaku empat hari selepas kejadian pencerobohan ruang udara oleh 16 pesawat penggempur negara China jenis Ilyushin Il-76 dan Xian Y-20 milik Tentera Udara Republik Rakyat China. Pesawat terbabit telah dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui ruang udara Singapura sebelum memasuki ruang udara Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian pencerobohan perairan Sarawak ini sudah dilaporkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Miri oleh beberapa orang pemancing. Sejak itu, aset APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikerah ke lokasi terbabit untuk mengetatkan kawalan di kawasan yang turut dikenali sebagai South Luconia Shoals itu.

“Ya, saya boleh sahkan kita menerima laporan berkaitan pengawal pantai China memasuki perairan kita pada 4 Jun. Aset APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengawasi keadaan dengan teliti,” kata Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Miri, Md Fauzi Othman kepada MalaysiaKini.

Untuk pengetahuan anda, Beting Patinggi Ali adalah kawasan yang menjadi rebutan dalam pertikaian tuntutan oleh kerajaan Malaysia dan China. Ianya terletak di perairan utara Sarawak dan berada di dalam zon ekonomi ekslusif (ZEE) Malaysia. Kawasan ini merupakan Gugusan batu karang yang menjadi antara kawasan yang dituntut oleh China melalui tuntutan 9-Dash Line di Laut China Selatan.

Malaysia pada Julai tahun lalu, melalui surat perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menegaskan bahawa mereka akan tetap dengan pendirian untuk menolak sebarang tuntutan dari negara komunis China di perairan itu.

China setakat ini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Tetapi sebarang tindakan pencerobohan oleh China kini dilihat seperti mahu mengganggu kestabilan dan meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan.

Keupayaan unit bersenjata udara Malaysia di tangga ke-60 dunia, ‘tewas’ dengan negara miskin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Keupayaan Unit Bersenjata Udara Malaysia Di Tangga Ke-60 Dunia, ‘Tewas’ Dengan Negara Miskin

16 Pesawat Tempur China Ceroboh Ruang Udara Malaysia, Kerajaan Hantar Nota Bantahan

Pesawat Pengintip Ujian Israel Didapati Rentas Ruang Udara Malaysia Sebelum Ke Singapura