Memakai pelitup muka kini sudah menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian dan sebagai alternatif, jenama fesyen seperti adidas, Uniqlo dan banyak lagi mula menghasilkan pelitup muka untuk digunakan oleh peminat jenama mereka setiap hari.

Levi’s nampaknya tidak ketinggalan untuk menghasilkan pelitup muka edisi terhad yang cantik dengan dua pilihan corak; satu untuk lelaki dan satu untuk wanita.

levis

levis 1

levis 2

Corak paisley yang biasa dilihat pada bandana yang dihasilkan Levi’s dipilih untuk dijadikan corak pelitup muka. Pelitup muka ini boleh dibasuh supaya dapat dipakai berulang kali.

Menurut laman Levi’s, anda boleh memakai kedua-dua belah pelitup muka ini, sama ada bahagian bercorak atau kosong dengan logo Levi’s di bahagian sisi. Bermakna, tiada panel untuk anda tambah mask filter sheet sekiranya anda mahu perlindungan tambahan.

Pelitup muka ini akan mula dijual 22/7/2020 pada harga RM49 untuk setiap set dan anda boleh membuat tempahan awal di sini.

P/S” Tidak dinyatakan sama ada topeng muka ini akan turut dijual di butik Levi’s atau pun tidak. Kami pasti topeng muka ini juga pasti akan sold out apabila dilancarkan dalam talian nanti.

Ini pula pesanan Dr Noor Hisham untuk anda yang kerap tolak pelitup muka di bawah dagu. Baca pada pautan di bawah.

Sering Pakai Pelitup Muka Di Bawah Dagu? Ini Pesanan Dr Noor Hisham Buat Anda

Uniqlo Mula Jual Penutup Muka Boleh Basuh Selepas Terima Permintaan Tinggi

adidas Hasilkan Penutup Muka Boleh Basuh Yang Selesa Untuk Dipakai

Anda Mungkin Suka