Seorang ulama Islam yang berasal dari Iran mencetuskan kemarahan awam setelah mendakwa bahawa mereka yang telah disuntik dengan vaksin COVID-19 akan bertukar menjadi gay. Dakwaan sama yang dibuat sebelum ini oleh seorang pemimpin agama Yahudi di Israel.

“Jangan mendekati mereka yang telah menerima vaksin COVID. Mereka telah menjadi homoseksual,” kata Ayatollah Abbas Tabrizian kepada hampir 210,000 pengikutnya di platform media sosial Telegram seperti yang dilaporkan oleh Arab News.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun dakwaan yang dibuat oleh Tabrizian ini telah mendapat kritikan meluas, dari pihak kerajaan dan juga pembangkang.

“Seperti ulama lain, Tabrizian mengaitkan semua kelemahan dengan seksualiti. Ulama di Iran menderita dengan kekurangan pengetahuan dan rasa kemanusiaan,” kata Sheina Vojoudi, seorang pembangkang Iran kepada media antarabangsa.

Dia menambah bahawa Tabrizian adalah orang yang suka menyebarkan cakap-cakap kosong bagi menakut-nakutkan orang yang mahu menerima vaksin COVID-19.

Ini bukan kali pertama Tabrizian, yang berasal dari kota suci Qom, bersuara menentang perubatan barat. Dia juga turut dikenali sebagai ancaman kepada Kementerian Kesihatan Iran, di mana dakwahnya mengenai perubatan boleh mencetuskan kekeliruan kepada umum.

Tabrizian sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila menasihat pengikutnya untuk merendam bulu kapas dengan minyak dan memasukkannya ke bahagian dubur sebagai cara melindungi diri dari COVID-19.

Tahun lalu pula, sebuah video tular di media sosial yang menyaksikan dia membakar salinan Manual Perubatan, yang mendakwa bahawa buku-buku tersebut tidak relevan dengan perubatan Islam.

Sebelum ini, kenyataan serupa dikeluarkan oleh seorang rabi atau pemimpin agama Yahudi dari mazhab ultra-ortodoks di Israel. Dia memperingatkan orang ramai untuk tidak menggunakan vaksin bagi mencegah COVID-19. Kerana katanya, vaksin boleh menjadikan orang gay.

Iran kini terus menderita dengan penyebaran wabak COVID-19, dengan 7,000 kes dicatatkan baru-baru ini, dan lebih daripada 58,000 kematian dicatat sejak bermulanya wabak ini.

Ketua agama Yahudi di Israel dakwa vaksin COVID-19 buatkan lelaki menjadi gay. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ketua Agama Yahudi Israel Dakwa Vaksin COVID-19 Buatkan Lelaki Menjadi Gay