Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Mulai 8 Mac nanti, orang ramai boleh membuat bidaan secara online untuk nombor pendaftaran kenderaan eksklusif bermula dengan huruf ‘UM’.

Pihak universiti tertua di Malaysia tersebut menyatakan ia telah mendapat persetujuan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menjual nombor pendaftaran unik dengan awalan ‘UM’ yang bermaksud Universiti Malaya.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

“Objektif penjualan ini adalah sebagai salah satu inisiatif untuk menjana pendapatan universiti untuk menambah dana, selain mempromosikan nama UM sebagai universiti terunggul di Malaysia dan antara yang terbaik di dunia.

“Hasil penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas ini akan digunakan untuk kegiatan penyelidikan, pengembangan dan pengurusan pelajar,” kata pihak Universiti Malaysia dalam satu kenyataan semalam.

Inisiatif ini juga akan menarik lebih banyak alumni UM untuk memberi sumbangan kepada universiti dan untuk mengeratkan hubungan antara alumni UM dan pihak universiti.

vocket-no-plat-um-1

Sumber Gambar: Malay Mail

“Anda akan menjadi sebahagian daripada pembangunan dan kelestarian masa depan UM. Untuk mencari memori itu, jika ada nombor yang dapat mengembalikan semua kenangan mengenai UM, nombor yang dapat menentukan anda sebagai warganegara UM atau nombor yang dapat mewakili diri anda, dapatkan sekarang, jenama UM yang akan dibawa bersama anda,” kata Datuk Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor Universiti Malaya.

Sekiranya anda seorang alumni Universiti Malaya atau berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran eksklusif ini, anda boleh mula buat bidaan pada 8 Mac nanti melalui laman web hebat.um.edu.my.

Pada bulan lalu, JPJ Negeri Kedah telah berjaya meraih kutipan sebanyak lebih RM2 juta untuk nombor pendaftaran eksklusif ‘KFC’.

JPJ Negeri Kedah Berjaya Capai Sasaran, Nombor Pendaftaran ‘KFC’ Raih Kutipan Lebih RM2 Juta

Kini Anda Boleh Abadikan Perkataan ‘KFC’ Pada Kenderaan Mengikut Undang-Undang

Anda Mungkin Suka