Semasa hari persandingan, setiap pengantin baharu pasti mahu merakam memori-memori manis dalam hidup mereka dengan mengadakan sesi fotografi samada di dalam atau luar tempat persandingan.

Baru-baru ini tular satu rakaman video yang didakwa berlaku di Teluk Intan, Perak di mana sepasang pengantin baharu ‘memeriahkan’ hari persandingan mereka dengan menangkap gambar semasa mereka berdua dan seorang kanak-kanak di angkat naik ke udara dengan kren.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Puluhan tetamu yang hadir ketika waktu itu melihat mereka bertiga dinaikkan ke udara sambil ‘dimeriahkan’ lagi dengan bunci mercun serta bom asap berwarna-warni. Sejurus itu, ketiga-tiganya dibawa ‘berarak’ ke arah tetamu di bawah khemah yang sedang menikmati juadah disediakan.

Sumber Gambar: Facebook Perak Press

https://www.tiktok.com/@megatmohdaizad/video/7070510929481354523?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Warganet yang menonton video yang tular itu menegaskan bahawa perbuatan itu membahayakan keselamatan ramai pihak, bukan sahaja kepada pasangan pengantin dan seorang kanak-kanak sahaja, bahkan ia melibatkan tetamu yang hadir pada waktu itu dan juga pemandu kren itu sendiri.

Ketiga-tiganya langsung tidak memakai pakaian keselamatan seperti topi keledar, harness, cermin mata dan sarung tangan mengikut ciri-ciri keselamatan yang diguna pakai untuk setiap individu yang ingin menaiki kren.

Sumber Gambar: Facebook Perak Press
Sumber Gambar: Facebook Perak Press
Sumber Gambar: Facebook Perak Press
Sumber Gambar: Facebook Perak Press
Sumber Gambar: Facebook Perak Press

Netizen juga meminta agar pihak berkuasa menyiasat perkara ini agar orang ramai tidak meniru aksi berbahaya ini yang mana ciri-ciri keselamatan kurang dititikberatkan sehingga boleh membahayakan orang ramai.

Tambah orang ramai lagi, memang setiap pasangan pengantin mahu abadikan memori terbaik di dalam kehidupan, namun perbuatan seperti ini langsung tidak berbaloi. S

Dua beranak mengamuk di kedai serbaneka 7-Eleven apabila ada pekerja bertanyakan samada seorang budak lelaki tersebut ada mengambil sesuatu daripada kedai terbabit.

Didakwa ‘Tuduh’ Anak Mencuri Di 7-Eleven, Tindakan Dua Beranak Ini Raih Perhatian Netizen

Dakwa Sekadar ‘Lakonan’, Tindakan Lelaki Ini Sorok Lauk Bawah Nasi Undang Kecaman Netizen

Sumber