Pada pagi hari Sabtu yang lalu, telah berlangsungnya perlawanan pertama bola sepak Euro 2020 yang terpaksa ditangguhkan pada tahun lalu ekoran penularan wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Semasa perlawanan di antara Turki dan Itali berlangsung, kesemua mata peminat bola sepak tertumpu kepada sebuah kereta kawalan jauh yang digunakan untuk menghantar bola masuk ke dalam padang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rata-rata peminat bola sepak menyatakan mereka terkejut dengan gimik kereta kawalan jauh tersebut dan ia lebih menarik perhatian daripada perlawanan penuh Turki menentang Itali ketika itu.

Menurut mereka, ini kali pertama mereka melihat tradisi permainan bola sepak sangat berbeza berbanding sebelum ini, di mana seseorang akan berjalan membawa masuk bola ke tengah padang sebelum pemain memulakan ‘kick-off’.

Kereta kawalan jauh tersebut merupakan jenama Volkswagen yang telah menjadi ‘mobility partner’ rasmi untuk acara Euro 2020 pada tahun ini. Ada juga mahu penggunaan kereta kawalan jauh ini sebagai satu norma baru dalam perlawanan bola sepak pada masa akan datang.

Perlawanan bola yang berlangsung selama 90 minit tersebut telah menyaksikan pasukan Itali membenam Turki dengan jaringan sebanyak tiga golΒ sekaligus menjadikan pasukan tersebut sebagai pasukan pertama yang mendapatkan gol terbanyak untuk perlawanan pembukaan Euro 2020.

Sekiranya anda salah seorang peminat bola sepak, boleh ikuti laman Vocket FC bagi mendapatkan pelbagai liputan dan kisah menarik sepanjang acara perlawanan Euro 2020 berlangsung di sini.

Sementara itu, Instagram seorang pengadil Jepun telah dihujani dengan komen penyokong Harimau Malaya atas sebab tidak berpuas hati dengan keputusan penalti yang dibuatnya.

‘Buat Keputusan Pakai Kepala Lutut’ – Instagram Pengadil Jepun Diserang Penyokong Harimau Malaya

Keperwiraaan Dan Kepimpinan Simon Kjaer Dipuji Ketika Menyelamatkan Nyawa Rakan Sepasukannya

Rebah Secara Tiba-Tiba, Doa Semua Buat Christian Eriksen

 

 

Sumber