Gimnas kelahiran Rusia, Ivan Kuliak mencetuskan kemarahan orang ramai pada hari Sabtu lalu apabila tampil memakai salah satu simbol perang Rusia pada bajunya semasa berkongsi podium dengan atlet dari Ukraine.

Bekas juara remaja Rusia, Kuliak menduduki tempat ketiga di belakang pemenang dari Ukraine, Illia Kovtun dalam acara palang selari pada Piala Dunia di Doha. Ketika bergambar, Kuliak berdiri di sebelah atlet Ukraine untuk mengutip pingat dan kelihatan huruf ‘Z’ yang terletak di bahagian tengah baju Kuliak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Huruf Z, yang secara simbolik mewakili ‘kemenangan’ dalam bahasa Rusia pernah dipaparkan pada bahagian hadapan kereta kebal dan kenderaan tentera yang lain.

Kuliak yang berusia 20 tahun pernah menerima latihan ketenteraan bersama tentera Rusia tahun lalu.

Difahamkan bahawa bendera Rusia pada bajunya digantikan dengan simbol ‘Z’. Ia juga telah diharamkan oleh Persekutan Gimnastik Antarabangsa yang bertanggungjawab membatalkan semua acara di Rusia dan Belarus.

Ahli politik, aktivis dan mereka yang menyokong Putin juga telah dilihat memakai pakaian dan lencana dengan huruf ‘Z’ bagi menunjukkan sokongan terhadap perang ke atas Ukraine.

Kementerian Pertahanan Rusia mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa tiada apa-apa yang salah dengan simbol ‘Z’ kerana ia bermaksud kemenangan.

‘Yahudi tidak boleh berdiam diri’ – Presiden Ukraine ajak orang Yahudi bangun lawan Rusia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Yahudi Tidak Boleh Berdiam Diri’ – Presiden Ukraine Ajak Orang Yahudi Bangun Lawan Rusia

Perang Rusia Dan Ukraine, Apa Sebenarnya Yang Dimahukan Vladimir Putin?

Rusia vs Ukraine: Apa Akan Berlaku Jika Vladimir Putin Berjaya Tawan Kota Kyiv?