Siri popular di bawah kendalian The Vocket, Gincu & Gula telah dijenamakan semula sebagai VOCKET Entertainment dalam usaha syarikat itu mengembangkan jenama The Vocket dalam industri media.

Berbeza dengan Gincu & Gula yang lebih memfokuskan informasi lifestyle terkini untuk wanita, VOCKET Entertainment akan menyajikan berita terkini dunia hiburan dari dalam dan luar negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kami melihat trend pembaca The Vocket yang sangat berminat dengan kandungan dunia hiburan dalam dan luar negara (terutamanya berita berkenaan artis K-Pop). Penjenamaan ini adalah selari dengan visi kami dalam menyalurkan informasi terkini buat para pembaca,” kata ketua pegawai eksekutif The Vocket, Fazreen Jasni.

Keputusan penjenamaan ini dibuat adalah kerana mahu jenama The Vocket kekal selari dengan rangkaian yang lain di bawah payung organisasi The Vocket iaitu VOCKET FC, VOCKET Travel, VOCKET Car Club dan VOCKET Style.

Klik di sini untuk mengikuti perkembangan terkini dunia hiburan dalam dan luar negara oleh VOCKET Entertainment.


Gincu & Gula Will Be Rebranded As VOCKET Entertainment

Gincu & Gula which is a popular series under The Vocket, has been rebranded as VOCKET Entertainment as a part of the company’s effort to expand The Vocket brand in the media industry.

However, contradictorily with Gincu & Gula which focuses more on giving information regarding the latest lifestyle particularly for women, VOCKET Entertainment will present the latest news on the entertainment world from within and outside the country.

“We have seen the trend where people who read through Vocket are interested in the entertainment news around the globe no matter if it is related to the local artists or abroad especially K-Pop artists.

“This branding is in line with our vision in channelling the latest information for our readers,” said The CEO of Vocket, Fazreen Jasni.

The decision made was to align it with other networks operated by The Vocket such as VOCKET FC, VOCKET Travel, VOCKET Car Club and VOCKET Style.

Click here to follow the latest news for the local and international entertainment provided by VOCKET Entertainment.


Ini beberapa isu yang hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial. Baca lagi pada pautan di bawah.

Peminat Terpegun Dengan Aksi Pencak Silat Ultraman Ribut Dalam Ultra Galaxy Fight

Laman Facebook Polis Johor Meriah Angkara Kasut Nike Air Jordan x Dior RM34,000

Selepas 20 Tahun Bersiaran Di RTM, Netizen Terkejut Siri Akhir Gerak Khas Bakal Ditayangkan Di TV3