Gitar elektrik pertama telah dicipta lebih kurang 50 tahun yang lalu. Maka tidak menghairankan jika gitar lama yang mempunyai sentimental value sangat laris dijual dalam lelongan.

Seperti kereta antik, sejak kebelakangan ini gitar vintage semakin mendapat tempat terutama gitar yang pernah dimiliki oleh pemain gitar terkenal sehingga ia dijual dengan harga yang tidak masuk akal di lapangan lelongan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dibawah ini adalah antara contoh gitar-gitar yang telah dijual dengan harga tinggi sehingga mencecah jutaan ringgit.

1. Reach Out To Asia Fender Stratocaster

Gitar ini telah dilelong oleh badan amal pada 2005 di Qatar bagi tujuan mengutip dana untuk mangsa tsunami semasa program Road Out To Asia dengan harga USD 2.7 juta.

Guitar ini telah dikoordinasi oleh Bryan Adam dan ditandatangani oleh 19 rockers terkenal; Mick Jagger, Keith Richard, Eric Clapton, Brian May, Jimmy Page, David Gilmour, Jeff beck, Pete Townsend, Mark Knofler, Ray Davis, Liam Gallanger, Ronnie Wood, Toy Iommi, Angus dan Malcolm Young, Oaul McCartney, Sting, Ritchie Blackmore, Def Leppard dan Bryan Adam sendiri.

2. Jimi Hendrix’s 1968 Stratocaster

Dalam tahun 1969 Hendrix telah menggunakan gitar ini semasa konsert Woodstock. Selepas itu ianya disimpan oleh pemain drum Mitch Mitchell. Gitar ini muncul semula pada pembukaan Fender Artist Centre pada tahun 1990.

Dalam tahun yang sama juga ia telah dijual di Sotheby’s dengan harga USD 198,000. Selepas itu ada desas-desus menyatakan bahawa Paul Allen, orang kanan Bill Gates telah membeli gitar ini dengan harga USD 2 juta.

3. Bob Marley’s Custom Made Washburn 22 Series Hawk

Gitar ini merupakan salah satu daripada 7 gitar milik ikon reggae dalam hidup Bob Marley. Ia berharga dalam lingkungan USD 1.2 juta hingga USD 2 juta dan telah diklasifikasi sebagai khazanah negara oleh kerajaan Jamaica.

Pada 21 November 1971 selepas menyertai gig di Vancouver, Marley memberikan gitar tersebut kepada seorang juruteknik gitar bernama Gary Carlsen sambil berkata: “Ambillah sahaja kerana kamu akan mengerti suatu hari nanti.”

4. Blackie Stratocaster Hybrid

Eric Clapton beralih daripada gitar jenama Gibson ke Stratocaster selepas terpengaruh dengan Jimi Hendrix dalam tahun 1970. Dia telah membeli 6 buah gitar Strats vintage dengan harga USD 100 setiap satu.

Kemudian 3 gitar yang dibeli itu diberi kepada George Harrison, Pete Townshend dan Steve Winwood. Baki 3 gitar lagi digunakan olehnya dan membentuk satu gitar yang dinamakan Blackie, sesuai dengan warnanya yang gelap.

Blackie dimainkan buat pertama kalinya pada Januari 1973 sehinggalah 10 tahun kemudian. Clapton berhenti bermain gitar pada tahun 1985 disebabkan masalah leher. Balckie kemudiannya dilelong dengan harga USD 959,000 untuk dana Crossroads Rehab Center.

5. “Lenny” Stevie Ray Vaughan’s 1965 Fender Composite Stratocaster

Stevie Ray Vaughan telah menerima gitar ini daripada isterinya pada tahun 1980 sebagai hadiah ulang tahun ke-26. Gitar ini dinamakan sempena nama isterinya, Lenny dan menjadi salah satu gitar kesayangannya.

Dia menggunakan gitar ini secara berterusan sehingga kematiannya pada 1990. Selepas tragedi helikopter terhempas itu, sekitar 2004 gitar ini dilelong bagi tujuan mengumpul dana amal.

Ia berjaya dilelong dengan harga USD 623,500 untuk Crossroads Rehabilitation Centre di Antigua.

Selain 5 gitar di atas ini, masih banyak gitar yang dijual secara lelongan dengan harga yang mahal. Antaranya ialah gitar Jimi Hendrix “burned” 1965 Fender Stratocaster bernilai USD 560,000.00, dan Roy Rogers’ 1930 Martin OM-45 Deluxe dengan lelongan bernilai USD 554,500.

Kebanyakan gitar vintage berjaya dilelong dalam lingkungan harga USD 100,000 hingga USD 500,000.

Bagaimana pula dengan lelongan gitar di negara kita?