Siapa sangka bergelar lagenda bagi kumpulan tersohor dunia iaitu Queen serta membawa pengaruh besar dalam industri muzik rock and roll dunia, Brian May juga merupakan seorang pemegang PHD dalam bidang Astrofizik.

Pencapaian beliau dalam bidang akademik ini berjaya diperoleh beliau pada tahun 2007 sewaktu berumur 59 dimana beliau berjaya menghabiskan PHD dalam bidang Astrofizik yang merupakan minat beliau sejak di universiti.

Copy of IMG_20151201_0002
Brian May 1978. Sumber: morrisonhotelgallery

Walaubagaimanapun, ramai yang tidak tahu dimana hasrat Brian May untuk mendapatkan PHD ini sudah lama tertangguh selama 30 tahun dimana beliau memilih untuk memfokuskan bersama kumpulan Queen terlebih dahulu sebelum menghabiskan thesis.

Mengulas lanjut mengenai keputusan yang dibuat, Brian May ternyata tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat memandangkan beliau lebih arif mengenai muzik berbanding bidang fizik.

Untuk pengetahuan selain menjadi gitaris bagi kumpulan Queen, beliau juga merupakan antara tulang belakang kumpulan Queen serta menjadi individu penting dalam menjawakan filem Bohemian Rhapsody yang berjaya memenangi anugerah pada Golden Globe Awards baru-baru ini.

GettyImages-85364489_brian_may_2000
Sumber: NME

Sekiranya ada yang berpendapat menjadi seorang rockers tidak mempunyai mas depan, mungkin menjadikan Brian May sebagai contoh merupakan pilihan yang baik.

Bersempena dengan ulang tahun misi NASA New Horizons, beliau baru-baru ini telah menghasilkan sebuah lagu yang dituju khas buat NASA. Vibe muzik Queen masih lagi kedengaran pada pendapat kami melalui muzik terbaru daripada Brian May ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber