Sekiranya anda pernah ke Indonesia sejak 5 tahun terakhir ini, kami yakin anda cukup kenal dengan syarikat Go-Jek. Buat anda yang pertama kali menderngarnya, Go-Jek merupaka servis seakan Grab menggunakan motosikal.

Berdasarkan laporan terbaru daripada Reuters, Google, Temasek serta sebuah syarikat daripada China, Meituan-Dianping antara yang berminat untuk menjadi pelabur terbaru syarikat Go-Jek berikutan perkembangannya yang positif sejak beberapa tahun terakhir ini.

CEO Go-Jek, Nadiem Makarim
CEO Go-Jek, Nadiem Makarim

Jumlah yang bakal dilaburkan buat syarikat Go-Jek daripada ketiga-ketiga syarikat ini dianggarkan berjumlah sekitar $1.2 bilion dimana $100 juta daripadanya merupakan dana daripada Google.

Menarik melalui pelaburan yang diterima Go-Jek pada kali ini, mereka bukan sahaja berpeluang menambah bilangan staf dan fasiliti berdasarkan dana yang diterima, malah Google akan membantu Go-Jek dalam usaha untuk mengurus dan meningkatkan database syarikat.

1_5qZ8X0slsrk-Hn4FELAmWg

Berdasarkan laporan yang diterima setakat Disember 2017, syarikat ini sudahpun berjaya mendapatkan 330 juta pengguna aktif setiap bulan. Peningkatan yang agak tinggi berbanding tahun sebelumnya yang cuma 250 juta pengguna aktif.

Melihat kepada perkembangan syarikat Go-Jek ketika ini, syarikat ini dinilai dengan harga $4 bilion (~RM15.74). Adakah model bisnes Go-Jek bakal mendapat sambutan yang hangat jika dilancarkan di Malaysia?

Baca lagi: Lelaki Ini Gunakan Rezeki Sebagai Penunggang Go-Jek Untuk Membangunkan Pusat Tahfiz

Sumber