Rapper berasal dari Indonesia, Rich Brian yang kini sedang meningkat dengan album terbaharunya, ‘The Sailor’ baru-baru ini menerima kejutan daripada sebuah syarikat perkhidmatan pengangkutan yang juga menyediakan khidmat penghantaran makanan, Go-Jek.

Beberapa hari yang lalu Brian memuatnaik tweet memberitahu dirinya baru sahaja berangkat ke New York dan sudah merindui masakan Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tweet tersebut kemudian mendapat perhatian pihak Go-Jek dan bertanyakan kepada Brian menu apa yang paling diingini. Brian pada mulanya seperti tidak percaya terus sahaja menghantar direct message makanan dan alamatnya di New York.

Tidak disangka-sangka beberapa hari kemudian, pihak Go-Jek benar-benar tiba di rumahnya di New York untuk menghantar pesanan Brian.

Mungkin selepas ini anda juga boleh meminta Go-Jek membawakan masakan khas Indonesia ke rumah anda.