Selepas berbulan-bulan spekulasi, Go-Jek sah akan mengembangkan servis berkenaan ke luar Indonesia. Go-Jek akan memasuki pasaran Singapura dalam masa beberapa bulan yang akan datang.

Ianya satu perkara yang baik kerana dengan ketiadaan Uber, Grab pastinya akan mendominasi pasaran Asia Tenggara. Dengan kehadiran Go-Jek ini, ianya sedikit sebanyak akan memberi persaingan sihat kepada Uber.

Jika anda merasakan Go-Jek ini hanya servis ride-hailing, anda silap kerana di Indonesia Go-Jek menawarkan 18 perkhidmatan lain antaranya sistem bayaran secara atas talian, perkhidmtan penghantaran makanan dan parcel, dan perkhidmatan on-demand seperti tukang urut dan tukang kecantikan.

https://www.instagram.com/p/Bi_C5IXjVV-/?hl=en&taken-by=gojekindonesia

Go-Jek akan membuat pelaburan USD500 juta (RM1.9 billion) sebagai budget untuk mengembangkan pasaran mereka ke Asia Tenggara dan Singapura menjadi destinasi pertama mereke. Dalam perancangan akan datang, Go-Jek akan ke Vietnam, Thailand dan Filipina pula.

Go-Jek akan mula dengan perkhidmatan ride-hailing terlebih dahulu sebelum menawarkan servis yang lain. Lebih mudah untuk ke mana-mana di Singapura dengan menaiki motorsikal selepas ini? Atau mungkin juga Go-Jek akan menawakan servis umpama Grab di Singapura. Sama-sama kita.

Sumber