Terinspirasi daripada permainan video Mario Kart, Syarikat berpusat di Amerika Syarikat, Branson Tracks yang terkenal dengan aktiviti permainan go kart baru-baru ini memperkenalkan sebuah lagi litar terbaru mereka yang direkabentuk mirip seperti trek perlumbaan permainan video tersebut. Menurut mereka, melalui idea baharu ini ia bakal memberikan pengalaman yang lebih seronok kepada pelumba go kart terutama peminat permainan video Mario Kart. Ini adalah waktu untuk mereka berlumba dalam dunia sebenar.

Lebih menarik, trek terbaru ini akan dibina betul-betul berhampiran air terjun Niagara dan ianya akan dibuka seawal tahun depan. Lokasi terbaru itu turut dikenali sebagai ‘Niagara Speedways’ dan dijangka bakal menjadi tarikan terbesar di Amerika Utara nanti. Tambah mereka, kehadiran trek tersebut akan menarik ramai pelancong dari seluruh dunia untuk mencuba pengalaman go kart yang unik serta mencabar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1

2

3

Ini mungkin trek go kart paling awesome pernah wujud di dunia setakat ini. Bagi anda yang gemar dengan sukan go kart, rasanya sudah boleh mempertimbangkan cubaan berlumba di trek Mario ini pada tahun hadapan. Untuk tambah lagi teruja, jom tonton video di bawah.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=79&v=olP_I979hM4