Goh V Shem & Tan Wee Kiong terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila mereka dikalahkan pasangan regu dari China, Fu Haifeng-Zhang Nan 21-16, 11-21, 21-23.

Goh V Shem & Tan Wee Kiong mempamerkan permainan baik di set pertama apabila menang 21-16. Pasangan China bangkit dan menang 11-21 di set kedua. Namun di set ketiga, Goh dan Tan tidak berjaya mengekang kebangkitan pasangan dari China apabila mereka kalah 21-23.

BADMINTON-OLY-2016-RIO

Acara badminton mula dipertandingkan di Olimpik Barcelona 1992. Kali terakhir beregu lelaki negara mara ke peringkat akhir adalah pada tahun 1996 melalui pasangan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock di mana mereka memenangi pingat perak. Kini Goh dan Tan mengulangi pencapaian yang sama 20 tahun kemudian.

Acara badminton kini menyumbang dua pingat perak; beregu lelaki dan regu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Dato’ Lee Chong Wei bakal beraksi esok untuk menyumbang sekurang-kurangnya satu lagi pingat perak untuk negara. Ini merupakan pencapaian terbaik skuad Olimpik negara sepanjang kejohanan Olimpik berlangsung.

Tahniah Goh V Shem & Tan Wee Kiong. Anda sudah cuba yang terbaik.Kami tetap berbangga dengan pencapaian ini!

0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤