Sebuah lagi inovasi yang bakal dibawakan Go-Jek selepas berjaya menjadi aplikasi perkongsian kenderaan pilihan masyarakat Indonesia.

Melalui perancagan terbaru syarikat ini, Go-Jek berhasrat untuk melibatkan diri di dalam bisnes melibatkan online content. Dalam erti kata lain, Go-Jek bakal mengeluarkan sebuah dokumentari serta portal dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

DEoITR4XUAAoi4Y

Melalui episod pertama dokumentari Go-Jek, difahamkan syarikat ini bakal menunjukkan kesusahan rider perempuan yang sering menerima jumlah cancellation yang tinggi berikutan para pengguna yang tidak yakin dengan gaya pemanduan mereka.

Dokumentari ini turut memberi pendedahan dimana sejumlah besar rider perempuan Go-Jek terdiri daripada ibu tunggal yang kuat berusaha serta memilih platform ini untuk mengubah nasib mereka dan keluarga. Produk-produk lain seperti servis pembelian makanan dan sebagainya antara yang bakal diselitkan.

gojek-1

Selain itu Go-Jek juga bakal memperkenalkan Go-Studios. Sebuah platform buat buat Go-Jek menghasilkan lebih banyak dokumentari, iklan serta filem pendek khusus buat para pelanggan di Indonesia.

Go-Jek setakat ini sudahpun mengumpul sebanyak 9.7 juta pengguna setakat bulan Disember dan dijangka untuk mengembangkan model bisnes mereka ke Filipina. Sebuah jumlah yang membanggakan buat startup yang mula ditubuhkan pada tahun 2010.

Sumber