Apabila pertama kali melihat gol sepakan percuma Faiz Subri ini, memang satu jaringan yang superb! Jaringan ini turut disamakan seperti jaringan yang pernah dibuat oleh lagenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos suatu masa dahulu. Anda boleh lihat jaringan Faiz dan Roberto dalam klip di bawah.

Persamaannya adalah pusingan bola yang ditendang dikatakan melawan hukum fizik. Lebih cantik apabila jaringan Faiz Subri ini telah disenarai pendek untuk Anugerah Puskas FIFA! Anugerah ini mengiktiraf pemain yang berjaya menjaringkan gol cantik sepanjang tahun ini. Gol yang dijaringkan Faiz setaraf gol yang dihasilkan pemain berkelas dunia seperti Messi dan Neymar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

faiz

Jaringan Faiz memerlukan undian anda untuk mencerahkan peluang beliau memenangi anugerah ini. Anda hanya perlu klik di sini untuk membuat undian dan anda juga boleh lihat jaringan cantik pemain lain pada link ini.

Hanya tiga gol terbaik dari undian ini akan dipilih ke peringkat akhir yang akan diumumkan pada 2 Disember nanti. Sebarkan dan share berita ini kepada rakan-rakan anda untuk mengundi gol Faiz Subri ini. Tahniah Faiz. Semoga menjaringkan lebih banyak gol awesome di musim yang mendatang!