Bagi peminat pasukan Pulau Pinang semalam, tahniah kerana berjaya mengalahkan pasukan Pahang dengan jaringan 4-1. Tetapi kemenangan itu menjadi lebih manis dengan adanya jaringan seperti Faiz Subri ini.

Anda boleh terus ke minit 0:34 untuk melihat gol Faiz Subri ini. Jaringan freekick pemain tengah Pulau Pinang itu memang cantik dan dibandingkan dengan jaringan yang pernah dilakukan lagenda Brazil, Roberto Carlos.

Huawei-Nova-5T-1280×720
HYPE
Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok
Baca lagi →

Jaringan yang dikatakan melawan hukum graviti ini memang mengujakan peminat bola sepak. Mungkin gol Faiz Subri ini nanti disenarai pendek untuk Puskas Award? Bagi yang belum tahu, Puskas award ini adalah anugerah tahunan untuk gol paling cantik dari serata dunia. Apa pun, gol Faiz ini memang power. Harap kalau Faiz Subri mewakili pasukan negara di masa akan datang, tugasan freekick bagi dekat dia. Shoot that ball with venom son!

Faiz Subri

Anda Mungkin Suka