Pasukan Real Madrid hari ini menangi Piala Liga Juara-juara Eropah untuk kali ke 13 dalam sejarah. Pasukan yang terkenal dengan jolokan Los Blancos ini mengalahkan Liverpool 3-1 dengan gol tendangan basikal yang sangat ajaib dari Gareth Bale untuk memenangi gelaran Liga Juara-Juara serta ia menjadi mimpi buruk buat penjaga gol dari Liverpool, Karius.

Ketiga-tiga gol ini bermula pada separuh masa kedua ketika perlawanan yang menyaksikan Liverpool kehilangan superstar mereka iaitu Mohamed Salah dengan kecederaan bahu di babak pertama. Real membuka jaringan dengan Karim Benzema memanfaatkan kelebihan gol dari Loris Karius dalam gol pada awal babak kedua, tetapi Sadio Mane menyamakan kedudukan untuk memberikan pasukan The Reds kelebihan.

Seterusnya Real terus menbalas kembali dengan jaringan kedua dan ketiga oleh Gareth Bale pada minit 63 dan 82 dengan jaringan sangat cantik dan ia telah menutup peluang untuk pasukan Liverpool menjadi juara kali keenam. Dengan ini Real Madrid telah juarai untuk tiga tahun berturut-turut semenjak dari tahun 2015.

https://twitter.com/TheFootyStands/status/1000469654211645440