Jika sebelum ini mereka pernah mencuri tumpuan dunia dengan sepakan percuma Faiz Sabri, kali ini pasukan bola sepak Pulau Pinang sekali lagi berjaya melakukan perkara yang hampir sama.

Tetapi kali ini ianya sedikit berbeza apabila ia bukanlah jaringan yang dilakukan secara solo oleh Faiz sehingga memenangi anugerah Puskas sebaliknya ia cara permainan mereka yang berjaya menarik perhatian komuniti bola sepak dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video pendek gaya permainan ala Tiki Taka yang dipamerkan pasukan dari Utara tanah air yang berjaya menghasilkan gol itu tular di media sosial selepas ia dikongsikan laman 433 di beberapa platform media sosial.

Jaringan dalam video pendek itu dilakukan pemain import pasukan Pulau Pinang, Endrick Dos Santos ketika berhadapan Sarawak United pada 1 Mac lalu.

Bagaimanapun ia bukanlah kali pertama gol berkenaan itu dikongsikan di akaun 433 sebaliknya ia pernah dikongsikan pada awal tahun ini dan turut mendapat reaksi daripada jurulatih pasukan Pulau Pinang Manzoor Azwira.

Mengakui teruja dengan pemilihan gol berkenaan oleh portal sukan ternama itu, beliau berharap ia bukan sahaja menjadi semangat buat pemain Pulau Pinang tetapi buat seluruh Malaysia.

Laman tersebut mempunyai lebih 4 juta pengikut di Facebook sahaja dan lebih 31 juta pengikut di laman Instagram. Jadi berjaya dimuatkan dalam salah satu hantaran mereka sudah pastilah merupakan satu pencapaian setidak-tidaknya buat pasukan dan pemain Pulau Pinang.

Anda boleh menonton kembali highlight perlawanan yang melibatkan jaringan cantik itu melalui pautan di bawah.

Baca juga perkongsian kami mengenai Luqman Hakim yang kini sudah mempunyai basikalnya sendiri untuk ke tempat latihan beliau semasa berada di Belgium melalui pautan di bawah.

‘Bakal Jadi Kenangan Terindah’- Netizen Senang Lihat Luqman Hakim Berbasikal Di Belgium

Aksi Luar Biasa Hafizh Syahrin Selamatkan Motosikal Buat Netizen ‘Mat Salih’ Tergamam

Ozil Guna Duit Sendiri Selamatkan Maskot Pasukan Sejak 1993 Daripada Dibuang Kerja