Buat anda yang tidak memiliki masa terluang untuk bercuti lama ke luar negara mahupun dalam negara, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk bermalam di ibu kota. Untuk pengetahuan anda, terdapat hotel yang dapat menyajikan anda satu konsep vintage dan sangat sesuai buat anda yang ingin staycation serta bergambar bagi memenuhi feeds Instagram anda.

GOLD 3 Boutique Hotel yang terletak di Bukit Bintang ini adalah hotel yang sangat disyorkan untuk bermalam bagi anda. Lokasi hotel ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar dimana anda hanya perlu berjalan kaki selama 2 minit untuk ke Pavilion dan hanya 18 minit ke KLCC.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

CVS_PA12

CVS_PA3

CVS_204

Terdapat pelbagai pilihan bilik yang ditawarkan disini dan boleh memuatkan anda yang datang menginap bersama keluarga atau rakan-rakan. Malah, hotel ini juga menawarkan anda concierge services, wifi percuma, safety box dan lounge yang cantik.

Dekorasi hotel ini menampilkan pelbagai kamera model lama yang boleh dikatakan memiliki 1001 memori bagi pemiliknya dan mungkin bagi mereka yang pernah memiliki kamera model lama tersebut. Selain itu, hotel ini juga tampil dengan ruang seperti di kedai gambar dan menampilkan gambar-gambar lama dipamerkan di dinding.

52983079_2210754782509713_660792297721430016_o

29027867_1988623094722884_6136385020366946304_o

29062632_1988616888056838_119519074307801088_o

Harga menginap untuk satu malam adalah bermula dari RM128 sahaja dan harga tersebut sangat berpatutan. Jika anda berminat untuk bermalam di sini, anda boleh membuat tempahan di laman web Gold3 Hotel.

Jika anda ingin menjelajah ibu kota dan tercari-cari penginapan yang menawarkan anda sesuatu yang unik dan menarik, GOLD 3 Boutique Hotel adalah tempatnya. Selain berada di tengah-tengah bandar, terdapat tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh anda yang gemar untuk bergambar seperti di Jalan Alor, Bukit Bintang dan Selfie Museum. Apa tunggu lagi?

Anda Mungkin Suka