Rancangan realiti TV pertunjukan bakat yang tidak asing lagi bagi warga Britain iaitu Britain’s Got Talent kembali di musim yang terbaru. Britain’s Got Talent musin ke-12 ini menampilkan barisan juri seperti Simon Cowell, Amanda Holden, Alesha Dixon dan David Walliam. Kini salah satu episod ujibakat minggu pertama yang menampilkan bakat-bakat daripada beberapa individu trending di Youtube.

Marc Spelmann,46, merupakan salah seorang individu yang menampilakan bakat yang memukau para juri dan penonton sekaligus diberi penghormatan standing ovation. Persembahan silap mata yang ditampilkan ini bukan biasa-biasa. Buktinya penonton dan juri tersentuh sehingga melayakkan beliau untuk mendapatkan ‘Golden Buzzer’ pertama untuk musim ini. Mari tonton video ini dan kongsikan pandangan anda. Kebetulan atau dirancang?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →