KFC baru-baru ini melancarkan Chizza untuk pasaran Malaysia. Chizza ini viral awal tahun ini selepas diperkenalkan buat pertama kali di Singapura. Apa pendapat anda dengan Chizza? Ada yang menyukainya, ada yang kata biasa-biasa sahaja.

Domino’s Malaysia tidak tercabar dengan menu terbaru daripada KFC ini kerana mereka sudah mempunyai Chizza versi mereka sendiri, Golden Chicken. Domino’s siap hasilkan 4 topping yang boleh dipilih iaitu Italiano, Mediteranean, Mexican dan Outback.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

CHizza

Untuk pengetahuan anda, Golden Chicken ini bukanlah menu baru daripada Domino’s. Golden Chicken ini sudah berada dalam menu Domino’s Malaysia sejak tahun 2015 lagi. Mungkin ramai yang terlepas pandang dengan menu Golden Chicken ini.

Kalau sudah cuba Chizza, kenalah pula cuba Golden Chicken ini. Barulah dapat tahu mana satu yang lagi sedap dan berbaloi dengan harganya. Ada yang pernah cuba Golden Chicken ini?