Perayaan Krismas mula diraikan pada hari ini oleh semua kumpulan manusia di Malaysia. Manakala sebahagian lagi mereka, sedang merayakan tahun 2019 yang bakal menutup tirainya pada bila-bila masa.

Banyak perkara yang terjadi sekitar 2019 berjalan – ada baik, ada buruk, ada jelek, ada geram. Tapi walau apapun yang terjadi, 2019 tetap meninggalkan kesan buat kita dan kesan kali ini lebih terarah kepada media sosial.

VICE salah satu portal digital media dunia sebelum ini telah melakukan undian bagi mereka yang paling dibenci di media sosial. Ia merangkumi semua kaum dan pengguna media sosial di seluruh dunia.

Tujuannya adalah untuk melihat bagaimana kesan media sosial yang membawa kepada kebencian dan jelek seseorang pengguna dengan sekumpulan manusia yang lain.

Keputusan yang diterima oleh VICE agak mengejutkan tetapi sangat dekat dengan situasi di Malaysia.

1576877957820-Wellness_Final_Full-Bracket
Paling Dibenci 2019 – VICE

Setelah melakukan undian, golongan paling dibenci di dunia bukanlah lelaki yang menjual produk kecantikan, bukan juga perempuan dengan gelaran doktor palsu atau budak sekolah yang lagi ramai followers Instagram. Tetapi ia adalah golongan anti-vaksin.

Golongan ini rupanya telah berada di banyak negara, mereka membasuh bakal ibu di setiap forum dan internet adalah tempat mereka berkumpul sambil menyebarkan propaganda mereka.

Mereka juga dikhabarkan sebagai golongan yang keliru dengan sains dan agama sehingga melupakan tanggungjawab mereka kepada anak-anak.

Badan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bahawa kaum anti-vaksin adalah antara ancaman kesihatan peringkat global sepanjang 2019.

Situasi di Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila seorang bayi tiga bulan disahkan menghidap penyakit polio dan ini merupakan kes pertama sejak tahun 1986.

Desakan untuk mewajibkan vaksin mula kedengaran dan ada juga yang meminta agar ibu bapa dihukum jika gagal untuk menjalankan tanggungjawab kepada anak.

Walau apapun situasinya, wabak golongan anti-vaksin wajib dibendung bagi memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya jika gagal mengambil vaksin.

Sebelum ini Facebook  telah mengambil langkah drastik dengan menyekat golongan anti-vaksin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Facebook Mungkin Akan Menyekat Info Anti Vaksin Dalam Masa Terdekat

Instagram Bakal Menyekat Informasi Palsu Berkaitan Anti-Vaksin

Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Antivaksinasi Yang Mendabik Dada Anak Sihat Tanpa Immunisasi

Sumber