Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Lama dinantikan orang ramai sejak mulai pandemik COVID-19 mulai menyerang, nampaknya vaksin yang diharap mampu mencegah penularan wabak telahpun tiba.

Meskipun kehadiran vaksin ini dianggap sesuatu yang positif bagi orang ramai khususnya umat Islam yang mahu menunaikan ibadah haji, terdapat juga golongan yang menolak vaksin sepenuhnya dengan alasan yang tidak munasabah. Mengandungi cip nano dan babi dalam vaksin antara dakwaan yang dibuat golongan antivaksin ini.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →
5054C0BD-AF63-45B3-A28FFC09BD690417_source

Sumber: Scientific American

Terbaharu, kerajaan Arab Saudi telah memaklumkan kewajipan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 di mana ia diletakkan sebagai salah satu syarat utama buat para jemaah haji bermula tahun ini.

Sehubungan dengan keputusan yang dibuat kerajaan Arab Saudi, dapat dilihat di media sosial segelintir individu yang kurang senang dengan syarat yang ditetapkan. Melabelkan Arab Saudi sebagai Wahabi dan dipengaruhi Dajjal antara dakwaan yang dilemparkan.

Rukun Sah Haji dah bertambah? Wahabi yang tambah. 0k tak??

Posted by Abdul Latiff on Tuesday, March 2, 2021

Screen Shot 2021-03-03 at 11.56.25 AM

Screen Shot 2021-03-03 at 11.56.14 AM

Sementara itu, beberapa ulama terkenal dunia khususnya yang berada di Arab Saudi dan Mesir sudahpun menerima vaksin COVID-19. Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menyeru kepada umat Islam mendapatkan vaksin yang mampu menguatkan tubuh serta sebagai langkah ikhtiar daripada penularan wabak ini.

Tular pada minggu lalu apabila seorang pembeli yang mengaku dirinya pakar mendakwa dirinya ditipu sebelum disekolahkan oleh seorang penjual baja berpendidikan PhD.

Disangka Tipu Berat Timbangan, Pembeli Ini ‘Disekolahkan’ Penjual Baja Berpendidikan PhD

Jadi Bahan Membawang Netizen ‘Mat Salleh’, Wak Doyok Kekal Tenang Terima Kritikan

Anda Mungkin Suka