Penyalahgunaan nombor plat kenderaan yang tidak mengikut standard spesifikasi yang ditetapkan undang-undang merupakan salah satu kesalahan tertinggi di Malaysia.

Baru-baru ini satu eksperimen sosial telah dilakukan oleh Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) pada bulan Mei lalu telah mendapati 58.5% daripada 1,256 kenderaan bernombor plat tidak mengikut spesifikasi atau ‘haram’ di Lembah Klang membabitkan pemilik daripada golongan T20.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pasukan Cent-GPS menempatkan diri mereka di beberapa lokasi kemasukan KL semasa trafik waktu puncak pada hari bekerja pada bulan Mei. Pasukan tersebut memantau kereta yang bergerak masuk ke KL semasa kesesakan.

Sepanjang tempoh pemantauan itu dibuat, Cent-GPS mendapati 56% kereta yang mempunyai nombor plat haram bernilai lebih MYR 160,000 (model baharu) dalam pasaran semasa.

Hasil kajian sosial itu juga mendapati sebanyak 33.4% daripadanya adalah pengguna model kontinental (Mercedes-Benz, Audi, BMW dan lain-lain). 51% lagi adalah pengguna model buatan Asia seperti Toyota, Honda dan Lexus. Manakala baki 15.6% menggunakan model tempatan, Proton X70.

Cent-GPS secara kasar menganggarkan sekitar 58.5% merupakan kumpulan pendapatan T20. 25.6% pula dalam kumpulan berpendapatan M40 dan hanya 15.9% kumpulan berpendapatan B40.

Sumber Gambar: Twitter Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS)

Kiraan di atas dengan mengandaikan bahawa setiap kereta yang pasukan Cent-GPS perhatikan telah dibeli melalui pinjaman bank selama 5 tahun, tanpa bayaran pendahuluan.

“Kami juga beranggapan bahawa setiap pemilik celik kewangan dan hanya akan membelanjakan 24% daripada pendapatan bulanannya untuk membayar pinjaman.

“Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa kami tidak memerhatikan motosikal. Jadi, tidak boleh dipersetujui secara muktamad bahawa T20 lebih berkemungkinan melanggar peraturan JPJ,” kata Cent-GPS.

Namun berdasarkan data-data diperolehi, Cent-GPS menyimpulkan bahawa kereta-kereta di Lembah Klang bernilai lebih MYR 160,000 merupakan sebahagian besar ‘pengguna nombor plat haram’.

Sumber Gambar: Twitter Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS)

Pada masa sama, pasukan Cent-GPS mendapati 52.8% pengguna kereta bernilai lebih MYR 160,000 mempunyai cermin gelap, kurang daripada 50% Visible Light Transmission (VTL) untuk tingkap baris hadapan seperti ditetapkan oleh undang-undang.

Bagaimanapun pasukan itu tidak mempunyai peralatan yang sesuai untuk mengukur tahap kepekatan tinted dan hanya merekodkan data tersebut dengan melihat kereta yang mempunyai tingkap gelap sepenuhnya di bahagian pemandu.

Sumber Gambar: Twitter Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS)

“Kita mesti bertanya mengapa masyarakat kita melayan mereka (golongan T20) yang ‘seolah-olah kaya’ dengan lebih banyak keistimewaan, membolehkan mereka berfikir bahawa mereka boleh melarikan diri dengan melanggar undang-undang dengan jelas.

“Jika sesuatu yang mudah seperti undang-undang nombor plat kereta tidak dipatuhi oleh golongan tertentu di negara kita, bagaimana kita hendak menguatkuasakan undang-undang yang lebih kompleks pada masa hadapan?” Cent-GPS melontarkan persoalan mengenai penggubalan dasar dan kedaulatan undang-undang negara.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebuah MPV mengalami kerosakan teruk setelah meletakkan kenderaan di tepi jalan. Tonton video penuh melalui pautan di bawah.

Letak Kereta Tepi Jalan Hingga Ganggu Laluan, Toyota Alphard Alami Kerosakan Teruk Disagat Bas

Jurutera Jelaskan Jenis RON Petrol Yang Boleh Dipakai Ikut Kesesuaian Model Kereta

Mengaku ‘Imam Mahdi’, Pemandu Myvi Jadi Punca Kemalangan Disyaki Ambil Bahan Terlarang

Sumber