‘Seram sejuk’ dengar lagu ini. Kalau anda pengikut setia industri muzik tempatan, anda pasti kenal siapa Kmy Kmo ini. Buat anda yang belum tahu, Kmy Kmo adalah penyanyi rap yang sudah lama bertapak dalam industri muzik negara. Beliau juga merupakan salah seorang ahli kumpulan muzik Nukilan yang berada di bawah naungan Qarma Music.

Lagu ini baharu sahaja dilancarkan dua hari lepas dah sudah mendapat tontonan hampir 60,000 views. Kali pertama mendengar lagu ini sudah dapat ‘hook’ pada irama Nusantara lagu ini; persis lagu Altimet, Mambang.

Benarkah lagu ini lagu balas untuk Mambang? Lirik pada lagu ini tersangat deep dan teknikal yang memerlukan minda yang tenang untuk menafsir setiap ayat yang disusun. Namun klue paling real adalah pada minit 3:49. Jika diambil setiap huruf di awal setiap perkataan, anda akan dapat maksud tersembunyi dalam frasa ini.

Ini satu lagu yang hebat. Terima kasih kepada Mambang kerana trigger pemuzik hip hop tempatan untuk hasilkan karya yang hebat seperti ini. Kita tunggu karya sang general pula selepas ini.