Drama Korea paling epik yang bukan sahaja berjaya mencuri perhatian penonton wanita malah juga penonton lelaki di Malaysia tahun lepas, ‘Goblin’ dikhabarkan bakal mengubati kerinduan peminat dengan ‘Goblin 2’.

Gong Yoo yang memegang watak utama sebagai Goblin atau Kim Shin baru-baru ini menyatakan kesudian untuk kembali memegang watak tersebut jika beliau ditawarkan untuk menjayakan musim terbaru drama tersebut. Tambahnya lagi tiada sebab untuk beliau untuk tidak menerima tawaran tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Khabar mengenai ‘Goblin 2’ menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat berikutan dengan penghujung episod terakhir yang seakan tergantung. Peminat setia drama ini pasti teruja jika khabar ini menjadi kenyataan. Berikut kami sertakan runut bunyi ‘Goblin’ untuk mengimbau semula keterujaan peminat drama ini.

https://www.youtube.com/watch?v=RBktd2R10m4