Jika dinilai daripada tajuk artikel ini nampak seperti tugas ini bukanlah sesuatu yang sukar bukan? Sememangnya ya, tugas ini tidaklah begitu berat kerana kereta ini bergerak dengan sendirinya tanpa pemandu melalui teknologi yang dioptimasikan melalui Google.

Apa yang perlu anda lakukan adalah berada di dalam kenderaan ini 6 hingga 8 jam sehari bagi memantau bagaimana pemanduan sendiri daripada teknologi Google ini berfungsi serta memerhati bagaimana kenderaan ini tangani masalah trafik ketika berada di atas jalan. Tidaklah begitu sukar bukan?

google-driverless-car-job-1

Tawaran yang baru sahaja diumumkan Google ini dibuka buat para graduan yang mempunyai pendidikan di dalam bidang sarjana muda Bachelor of Science atau Bachelor of Arts untuk dipilih sebagai pakar keselamatan kenderaan.

Syarat-syarat lain yang ditentukan Google adalah mempunyai rekod memandu yang baik, mampu menaip 40 perkataan di dalam masa seminit serta perlu lulus ujian daripada Google dimana anda perlu terlebih dahulu biasakan diri berada di dalam kereta pandu sendiri ini. Agak ketat syarat yang ditetapkan Google, walaubagaimapun mempunyai Google sebagai majikan sangatlah cool dan awesome.

Setakat ini, tawaran daripada Google ini cuma dibuka di dua tempat sahaja Phoenix dan Arizona dan dijangka akan bertambah lagi dari semasa ke semasa. Kami harap mereka yang terlibat dengan program ini tidak menjadi seperti Jared di dalam siri Silicon Valley ini.

Sumber